Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Al Rumman Coccoa Delima ,Madu & Kurma

HUBUNGI KAMI 013-4286576HUBUNGI KAMI 013-4286576

Minuman Koko Pra Campur Al-Rumman ialah minuman yang memberi tenaga dan berkhasiat daripada gabungan makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Ia juga membekalkan tenaga, karbohidrat, vitamin, zat galian, potasium dan membantu sistem peraliran darah dalam tubuh anda.

Jadikan “Al-Rumman Cocoa” minuman harian anda, untuk kekal sihat, ceria dan bertenaga bersama keluarga.

 

KETERANGAN PRODUK

“Al-Rumman Cocoa” didatangkan dalam bentuk 1Kg


KEBAIKAN DAN KHASIAT "AL-RUMMAN COCOA"

  • Koko - melambatkan proses penuaan dan meningkatkan kebolehanmengatasi tekanan. Ianya mengandungi flavan-3-ols atau catechin iaitu kumpulan kandungan kimia yang memberi tindakan antioksida yang kuat. Flavonoids bertindak sebagai antioksidan, anti-peradangan dan pelindung sel. Ia juga membekalkan tenaga dan karbohidrat dengan segera

  • Kurma - Mengandungi protein, serat dan gula (glukosa). Ia juga kaya dengan Potassium dan zat galian yang lain (vitokimia, antioksidan). Merupakan sumber zat besi yang baik (komponen penting didalam hemoglobin). Serat (fiber) - sangat bagus untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  • Delima - Buah dari syurga, kaya dengan vitamin (B2,B3), mineral dan antioksida. Mengandungi sodium yang membantu mengekalkan tekanan & jumlah darah serta mengimbangi pH badan. Ia juga mengandungi pholyphenol yang dapat memperelokkan fungsi sel yang rosak dan memcuci pembuluh darah. Delima juga mengandungi kalsium & fosforus yang membantu pembentukan & menguatkan tulang

  • Madu - Bertindak sebagai agen anti-bakteria yang melindungi tubuh dari infeksi bakteria dan membantu sistem pencernaan. Mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga dan membantu pembentukan kolagen yang diperlukan oleh kulit sebagai awet muda. Ianya juga boleh memulih, menyegar dan menambah tenaga serta kaya dengan Vitamin B1, B2, C, B6 dan B3.


Tuesday, April 28, 2015

Jus Delima Al Rumman Perahan Buah Biji dan Kulit 013-4286576

Dapatkan Jus Delima Organik Jus Al rumman 
Tempah Online 013-4286576 

Harga Al Rumman Jus Delima Organik
🍷RM 55 (330ML)           
🍷RM 140 (1 Litre) 
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
 🌼BELI 2 (1L) PERCUMA 1 (330ML)🌼
🍹🍹🍹 RM 259 JIMAT  RM 76 WOW
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖


Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ada sejumlah atsar hadis tentang buah delima yang dinisbahkan kepada Rasullah S.A.W atau kepada keluarga baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang Bermaksud:
Buah Delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.
Baginda bersabda:
Adam, buah kurma, buah anggur, dan buah delima diciptakan dari satu jenis tanah
Baginda bersabda:
Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari
Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut diliputi dengan kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.